Kamu tidak suka makan ikan? Jangan begitu kerana ikan punya banyak khasiat. Jika kamu tidak suka dengan satu jenis masakan ikan, cuba variasikan resipinya. Kalau hari ini kamu masak ikan berkuahkan asam, esok pangganglah pula ikan. Jangan buat menu yang sama setiap hari. Ikan seperti tuna dan salmon kaya dengan Omega 3. Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan jantung tetapi mampu menurunkan paras kolesterol.

Majalah Remaja Isu 15 Mei 2012