Tahniah buat pelajar-pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Universiti Teknoloi MARA (UiTM) Shah Alam kerana berjaya mementaskan teater “Mata Ringgit” di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Ia merupakan projek penilaian akhir semester enam orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Pengarahan), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Lakon), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Sinografi) dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Pengurusan Industri Kreatif).
Antara pelajar-pelajar yang telah dinilai dalam projek akhir ini ialah Nurul Ain Othman daripada aspek pengarahan, Noor Atiqah Zulkifli, Muhamand Aznujaimie Mustafa dan Mohd Hairul Anuar Misran daripada aspek Lakonan, Hana Abdul Samad dari aspek Rekaan Kostum
dan Nadia Zainal Abiddin dari aspek Perhubungan Awam. Mereka dinilai di bawah seliaan pelakon pentas Norzizi Zulkifli, pensyarah Nur Afifi Taib dan Datin Noraini Ahmad Shariff.



