HALUAN SENI YANG TERCABANG KELUAR DARIPADA PENCARIAN HERO REMAJA HAMPIR TIADA BATASANNYA. MESKIPUN RAMAI YANG MEMILIH DUNIA LAKONAN SEBAGAI LANGKAH MENITI KEJAYAAN, NAMUN AZRIN LAHURI SELESA MEMULAKAN KARIER SENI DI ATAS PENTAS PERAGAAN.
Seorang yang dilihat sebagai pendiam jika ditafsirkan dari luarannya, namun jejaka bertubuh sasa dan tinggi lampai ini mampu mengutarakan sedikit sebanyak jenaka apabila seketika bertukar cerita. Ayuh imbas kembali kisah bekas Hero dari era sedekad yang lalu.
Awal Kehidupan
Mengakui dirinya seorang pembaca setia majalah REMAJA, Azrin pada mulanya langsung tidak berfi kir akan menyertai pertandingan pencarian bakat. Atas desakan teman-teman, Azrin termakan dek pujukan lalu menghantarkan penyertaan menyertai Pencarian Hero REMAJA tanpa mengetahui bakal berdepan dengan nama-nama hebat seperti Zed Zaidi, Allahyarham Faizal Yusof dan Dr. Azirul. Rezeki badan, beliau berjaya mengharungi saringan awal dan kemudiannya dipanggil team REMAJA untuk menghadiri sesi test shoot di studio Karangkraf yang pada ketika itu masih terletak di Taman Tun Dr Ismail.
Pengalaman Menarik
Berkesempatan berkenalan dan menjalinkan persahabatan bersama teman-teman lain semasa pertandingan sedang berlangsung yang rata-ratanya mempunyai sedikit latar belakang dalam industri, dijadikan platform untuk Azrin mula mengorak langkah dalam bidang seni. “Meskipun ketika pertandingan masih berjalan, kami tetap rancak berbual menceritakan kepada satu sama lain tentang pengalaman yang pernah masing-masing lalui. Dari sinilah kami mula bertukar-tukar kenalan yang dapat membantu serta menjurus kepada aktiviti seni lain,”
jelasnya.
Dapatklan cerita selanjutnya hanya di Majalah Remaja isu Februari 2012!



