PENCINTA KOPI PASTI TIDAK AKAN MELEPASKAN PELUANG UNTUK MENIKMATI SECAWAN KOPI ASLI YANG CUKUP BERKUALITI. AROMA KOPI SEJATI INI PASTI MEMIKAT JIWA SETIAP PENCINTA MINUMAN POPULAR INI. SEBUT SAHAJA KOPI, TIDAK RAMAI YANG MAMPU MENOLAKNYA KERANA KEENAKAN RASANYA MASIH TIADA TANDINGAN. KINI CITA RASA KOPI TERUS DIPERGIATKAN DENGAN PELBAGAI INOVASI, DEMI MENARIK LEBIH RAMAI PENGGEMAR BAHARU.

Seteguh namanya di persada antarabangsa, kini Coffee Planet melebarkan sayap pertamanya di Malaysia khusus buat penggemar kopi berkualiti. Bertempat di Laman Seri Business  Park, Seksyen 13, Shah Alam, ia menjadi petanda awal bermulanya delegasi pencetus fenomena kopi terbaik dunia. Menampilkan ciri penuh eksklusif pasti menggamit pelanggan yang bertandang untuk menikmati secawan kopi dengan cita rasa cukup mengghairahkan. Selari dengan gaya hidup moden, Coffee Planet tidak ketinggalan menampilkan lokasi lepak sesuai untuk remaja yang berjiwa urban menepati kriteria semasa. Kafe yang mula ditubuhkan di Dubai ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sehingga membuka mata yang datang  bertandang setanding dengan moto mereka yang ingin tampil dengan pilihan menu berasaskan kopi berkualiti selari dengan suasana kondusif buat pelanggan.

Cukup Eksklusif

Nikmati sentuhan magis kopi bersama sedikit hidangan ringkas buat tatapan harian kamu, kini hanya Coffee Planet menjadi destinasi lepak baharu yang dinamik dalam mendapatkan keenakan rasa kopi sejati. Mengetengahkan konsep moden buat semua pelanggan, sememangnya ia cukup ghairah memanggil pelanggan agar merasai sendiri suasana yang ditonjolkan.
“Warna terang seperti oren dan putih menjadi taruhan buat Coffee Planet dalam memberi penjenamaan sulung kafe mereka di Malaysia. Warna dan suasana kondusif moden semestinya dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung untuk merasai sendiri keunikan rasa kopi yang disajikan, di samping mendapatkan suasana cukup eksklusif di sini. Selain itu, kami turut menyediakan kemudahan wifi kepada setiap pelanggan yang datang. Sememangnya ia adalah lokasi ideal buat semua,” jelas Nur faeza selaku Pengurus Coffee Planet.

Lepak Dan Sihat

Tidak dinafi kan, semua penggemar kopi pasti mengetahui setiap kelebihan daripada tabiat yang diamalkan. Walaupun terdapat mitos yang mengatakan gaya hidup si penggemar kafein boleh mendatang pelbagai mudarat, ia bukanlah penghalang buat Coffee Planet untuk bersaing sihat dalam industri ini. Bagi mereka, khasiat juga penting dalam mengetengahkan setiap hidangan buat pelanggan yang datang. “Kafein yang terkandung dalam kopi merupakan ramuan utama yang dikatakan mampu merangsang sistem saraf utama dan ia telah lama digunakan sebagai ubat pelega sakit, pengawal selera, penghindar rasa mengantuk dan sebagai rawatan untuk merawat demam dan semput. Bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa
kopi juga kaya dengan antioksidan, bahan yang mengurangkan kesan-kesan bahan bahaya dalam diri manusia dan dapat melawan beberapa jenis penyakit. “Oksigen yang bercampur  dengan kimia-kimia lain menjadi partikel terangsang (charged particles) yang dipanggil radikal bebas yang merosakkan sel-sel dan tisu dalam badan kita. Dengan adanya antioksidan, maka terhindarlah segala kerosakan seperti ini melalui pembentukan radikal bebas. Radikal bebas boleh menjadi penyumbang utama kepada beberapa penyakit seperti penyakit jantung, barah dan katarak mata serta kemerosotan sistem saraf dan daya ketahanan,” ujar Nur faeza lagi.

Dapatkan artikel penuh dalam majalah Remaja isu 15 Januari 2012!