Bertempat di GSC Tropicana, Damansara, REMAJA bersama 60 lebih orang pembaca telah memeriahkan jom tengok tayangan filem “The Muppet’s”. Pembaca REMAJA yang bertuah ini telah membuat panggilan untuk menonton wayang percuma dan menebus tiket mereka di kaunter yang telah dibuka oleh warga remaja. Ayuh saksikan kemeriahan dan aksi mereka yang diambil sepanjang acara ini berlangsung.

Boneka Comel

Filem yang diarahkan oleh James Bobin ini berkisarkan tentang zaman kegemilangan The Muppets iaitu patung boneka yang telah berakhir. Kehidupan The Muppets yang dahulunya mendapat sambutan hangat di Muppet Theater kini semakin dilupakan. Tempat yang selalu mereka adakan persembahan bakal dirobohkan jika tiada lagi sambutan. Walter, abang kepada gary bersama teman wanitanya merupakan peminat setia The Muppets.

Mereka berusaha untuk mengembalikan zaman kegemilangan The Muppets tersebut setelah mendapat maklumat tentang orang kaya bernama Tex Richman yang ingin  memusnahkan Theater Muppets. Bagi peminat setia Walt Disney, mereka pasti menyukai fi lem ini kerana selain menghiburkan, ia juga sesuai ditonton oleh semua golongan terutamanya kanak-kanak.

Untuk artikel penuh, dapatkan majalah Remaja isu 15 Januari 2012!