PERSONALITI MENARIK SERTA MEMILIKI RUPA PARAS YANG MEMIKAT BOLEH DIKATAKAN TARIKAN UTAMA SESEORANG UNTUK MUDAH DIKENALI. PENDATANG BARU, WAWA ZAINAL MEMPUNYAI PAKEJ YANG LENGKAP UNTUK BERGELAR PELAKON. BIARPUN BEGITU, DIA LEBIH SELESA JIKA DIA DIKENALI DENGAN BAKAT LAKONANNYA BERBANDING RUPA PARASNYA YANG MENAWAN.

Nama Penuh: Nur Hawa Binti Zainal Abidin
Nama Komersil: Wawa Zainal
Tarikh Lahir: 12 Mac 1991
Asal: Lahad Datu, Sabah
Adik-Beradik: Anak kelapan daripada sebelas orang adik beradik

Mula dikenali menerusi drama “Ana Lulu” hasil lakonannya bersama Nora Danish, Wawa membuktikan yang dia berlakon kerana bakat dan bukan bersandarkan rupa. Anak kelahiran Lahad Datu, Sabah ini berusaha mencapai citacitanya tanpa erti jemu. Nasibnya baik apabila dia diterima oleh MIG biarpun hanya sekali menghantar gambar. Bermula dari itu, MIG terus memanggilnya untuk proses menandatangani kontrak. Berseorangan di Semenanjung Malaysia, Wawa bersyukur dikurniakan abang yang sudi menemaninya pada awal kerjayanya. Bakat berlakon Wawa merupakan bakat semula jadi sementelah keluarganya langsung tidak mempunyai latar belakang dalam dunia seni.

Berlakon Banyak Filem

Meskipun baru setahun usianya di dalam bidang seni, itu tidak menghalangnya daripada membintangi banyak fi lem biarpun bukan sebagai pelakon utama. Di antara fi lem yang pernah dilakonkannya ialah fi lem “Seram Sejuk”, “Hantu Dalam Botol Kicap”, “Tiga Temujanji”, “Ajinohmotor”, “Sumpahan KumKum” dan “Budak Pailang”. “Budak Pailang” merupakan fi lem pertama Wawa memegang watak utama dan digandingkan bersama Ariel Zafril. Terbaharu, dia sedang sibuk dengan penggambaran drama 26 episod untuk sebuah stesen televisyen tempatan berjudul “Cinta Untuk Emelda” yang dilakonkan bersama Almy Nadia dan Fizo Omar.

Amanda Dalam “KLIK”

Selain itu, dia turut dipilih untuk melengkapi barisan pelakon bagi drama “KLIK” musim kedua terbitan Astro Ceria. Dia memegang watak sebagai Amanda, seorang gadis gedik dan manja namun cekal. Wawa memegang watak sebagai Amanda sejak dari drama “KLIK” musim pertama lagi dan ternyata dia sangat serasi dengan watak tersebut. “Watak Amanda dan peribadi Wawa sebenarnya sangat berbeza. Drama “KLIK” Amanda seorang yang sangat suka pada warna merah jambu, manja, gedik dan bimbo. Namun secara realitinya, saya sangat tidak menyukai warna merah jambu, malahan tiada satu pun baju Wawa yang berwarna merah jambu,” kata Wawa sambil tergelak.

Artikel penuh hanya di majalah Remaja 15 Januari 2012!